[15:41 PM/Sabtu/04:04:20] Islam itu Indah, Islam itu Mudah, Islam itu Barakah








Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua. Apa khabar pembaca di luar sana? Saya berharap agar anda semua berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Moga anda semua sentiasa selamat berada di bawah lindungan Yang Maha Esa.

Hari ini, entri blog saya ringkas sahaja kerana bagi saya, sukar untuk digambarkan betapa bersyukurnya saya kerana dilahirkan ke muka bumi ini sebagai seorang Islam. Hari demi hari, saya percaya bahawa bukan saya seorang sahaja, tetapi anda semua pasti sedang dalam proses untuk memperbaiki diri menjadi hamba yang lebih baik dan bertakwa kepada Allah. Islam itu sendiri bermaksud menyerah diri kepada Allah, dan saya percaya setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Mungkin tatkala anda membaca entri ini, hati anda berada dalam keadaan gundah-gulana, resah gelisah, caca-marba dan bermacam-macam lagi emosi yang begitu abstrak dan sukar untuk diberi definisi. Keadaan hidup yang semakin mengcengkam mengakibatkan kita kadang-kadang sebagai seorang hamba bagai dibawa bersama-sama ombak, tenggelam dalam lautan yang sepi dan sejuk itu. Saya hanya mampu berdoa dan berharap agar dunia kita dapat kembali seperti dahulu, dan moga kita semua dapat mengambil iktibar daripada situasi yang sedang berlaku ini. Moga kita sama-sama dapat renungkan dan cuba untuk menjadi insan yang lebih bertakwa kepada-Nya.

Islam itu amat indah, Islam tidak pernah memaksa, dan Islam itu keperibadiannya lembut, luhur, dan suci. Oleh itu, kita sebagai umat Islam perlulah sentiasa berusaha dan mencontohi keperibadian agung yang dimiliki oleh Rasulullah SAW. Moga kita semua dapat berjumpa dengan baginda di syurga kelak. Rasulullah tidak pernah putus-putus mendoakan keberadaan umatnya walaupun panggilan sakaratul maut sudah mengetuk pintu roh baginda. Oleh itu, moga kita sama-sama dapat menjadi Rasulullah sebagai kekasih kita semua, dan moga kita tidak akan tersasar dari landasan yang sudah dibentangkan dengan baik sekali oleh baginda.

Moga kita semua akan mengikut jejak langkah baginda dan bersama-sama berbahagia di syurga kelak, amin...

Saya akhiri entri saya pada hari ini dengan sepotong ayat yang dipetik dari kitab suci Al-Quran:




Sekian sahaja dari saya untuk hari ini. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. :-)

Comments

Popular Posts