[16:04 PM/Isnin/06:07:20] Terima Kasih, Dr Kamariah!

Terima kasih untuk semua tunjuk ajar
Dari aku tidak tahu sehingga menjadi seorang yang terpelajar
Kadang kala aku berasa gusar
Jikalau aku tidak membanggakan beliau
Selalunya aku akan duduk di kanan dewan, diam namun mindaku sentiasa melilau
Mendengar kata-kata ilmiah membuatkan mataku berkilau
Satu hari nanti, mungkin ada rezekiku untuk menjadi seperti beliau

Terlalu banyak yang aku telah pelajari
Menulis segala perasaan menggunakan jari jemari
Aku berjaya melampiaskan ideaku dalam dua buah cerpen dan sajak-sajak
Selama ini aku tidak tahu bahawa tanah itu boleh dibajak
Jika aku rajin menyiram tanaman tanpa jemu
Sudah pasti hasilnya akan kuketemu

Nasihat beliau akan selalu aku pahatkan dalam hati
Biarkan ia terngiang-ngiang sehingga aku membuka jendela pagi
Ada masanya aku tersenyum sendiri
Teringat akan kata-kata beliau yang mencuit hati
Ibaratnya aku seorang perantau yang dahagakan ilmu
Beliau ada berikan aku segelas susu
Susu yang kandungannya keikhlasan dan semangat
Dengan izin Allah, selamanya akan aku ingat

Terima kasih Dr Kamariah
Mengajar aku menulis bukanlah hanya sekadar mengharap tuah
Tetapi dunia penulisan itu cakerawala luas
Budimu takkan mungkin boleh kubalas
Semoga engkau sentiasa di bawah lindungan payung ketakwaan,
Terima kasih Dr, harapnya segala ilmu yang engkau curahkan akan aku gunakan.






Terima kasih, Dr Kamariah!

Comments

Popular Posts