[15:33 PM/Isnin/06:07:20] Dunia Hiburan




Gemerlapan lampu-lampu menari di atas kepala
Terangnya sinar putih dari sebuah lensa kamera
Suara garang pengarah menyuruh mereka untuk bersedia
Pelakon terkenal berlari menuju kedudukan masing-masing
Namun kadang kala pelakon tambahan berasa terasing
Kepala mereka berputar seperti gasing

Mungkin aku tidak diperlukan di sini
Mungkin bakatku tidak akan mereka lihat
Walaupun aku cuba untuk memberikan sepenuh jiwaku pada watak ini
Mata yang melihat pasti ada yang jahat




Tatkala lagu mereka dimainkan di corong radio
Ada yang marah katanya merosakkan halwa telinga
Ramai penyanyi sudah mula berputus asa
Usaha mereka tampak sia-sia
Mungkin kerana banyaknya jajahan lagu luar negara
Mereka lupa tentang lagu di Malaysia

Aku menyanyi tidaklah seberapa
Tetapi janji aku ada paras rupa
Wanita sudah pasti ramai yang tergila-gila
Wajahku mirip artis K-pop mereka
Tidak mengapa!
Yang penting isi dalam dompetku sentiasa ada




Dunia hiburan
Suatu perjalan yang tiada penghujung
Dunia hiburan
Suatu permainan yang tiada kalah atau menang
Dunia hiburan
Suatu pertempuran antara yang sedang-sedang dengan cemerlang
Dunia hiburan
Selalunya akan gagal bagi mereka yang malang

Dunia hiburan
Ditutupi dengan sinar lampu putih
Kamera mengambil gambar mereka dari setiap sudut
Wajah ditepek bedak, bibir dioles kemerahan




Kadang kala aku tidak tahu
Adakah mereka yang menghidupkan dunia hiburan
Ataupun dunia hiburan yang menghidupkan mereka?

Comments

Popular Posts