[13:46 PM/Isnin/06:07:20] Datuk Ustaz Kazim Elias

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada anda semua. Saya berharap agar anda semua dalam keadaan yang sihat dan baik-baik sahaja. Untuk entri pada hari ini, saya hendak berkongsi dengan pembaca semua tentang penceramah yang paling saya gemari iaitu Datuk Ustaz Kazim Elias.




Saya mula meminati beliau apabila saya menonton Kalau Dah Jodoh di Astro Oasis. Saya amat sukakan cara beliau memberikan ceramah, ia amat santai dan mudah untuk difahami. Pendekatan yang digunakan oleh beliau amatlah bersahaja namun padat dengan informasi dan juga ketegasan.

Ustaz Kazim banyak menyelitkan ceramah beliau dengan lagu-lagu yang beliau sendiri nyanyikan, dan juga lawak-lawak yang sangat mencuit hati. Saya amat suka apabila ustaz memberi ceramah dengan menggunakan loghat Peraknya, sedikit sebanyak saya juga dapat mempelajari dan memahami cara orang Perak berkomunikasi, hehehe.

Pada pendapat saya, ramai orang menyukai cara dakwah ustaz kerana beliau amat bersahaja dan kelakar. Saya juga amat kagum dengan beliau kerana Ustaz Kazim merupakan seorang hafiz (orang yang menghafal Al-Quran dan tahu tafsirannya) dan selalunya beliau tidak menggunakan sebarang teks. Saya amat kagum kerana beliau dapat menyampaikan ceramahnya tanpa merujuk mana-mana! Hal ini disebabkan oleh ustaz merupakan Al-Hafiz, oleh itu, segala isi kandungan di dalam Al-Quran sudah beliau hafal. Wah! Sangat hebat Ustaz Kazim ini, kan?

Banyak yang saya dapat pelajari dari beliau, terutama sekali perihal keluarga. Ustaz menerangkan tentang permasalahan dalam sesebuah keluarga itu dengan terang, jelas, informatif, dan juga secara santai sahaja. Saya tidak akan berasa bosan walaupun sudah menonton Kalau Dah Jodoh berkali-kali dikaca televisyen.

Terbaru, rancangan beliau iaitu Ala Kazim di Astro Oasis, saya juga menontonnya! Dan, sudah terang lagi bersuluh berasa sangat seronok menontonnya!

Saya hendak kongsikan satu video dengan anda semua:



Ustaz Kazim Elias - 5 Ciri Manusia Terbaik



Itu sahaja entri saya pada hari ini. Saya berharap agar pembaca di luar sana mendapat input yang berguna sesudah habis membaca entri saya. Terima kasih semuanya! Semoga sentiasa berada di bawah lindungan-Nya. Sehingga kita berjumpa lagi.

Sekian. Assalamualaikum.

Comments

Popular Posts